Assalamualaikum dan selamat malam korang semua. Ada satu soalan yang bermain difikiran aku sekarang untuk aku tujukan kapada pembaca semua. Ape pendapat korang tentang Youtube? Bagi akulah, Youtube adalah satu kejayaan besar bagi manusia sejagat. Ia juga salah satu egen penyebaran maklumat yang pantas dan efektif. Di zaman teknologi gajet seperti sekarang ini, sangat mudah bagi kita untuk merakam dan memasukkan video di dalam Youtube. Terdapat 2 jenis user yang menggunakan Youtube ini. Jenis user yang pertama adalah, penonton yang hanya menonton apa yang telah dimuat naik oleh user lain, dan jenis user kedua pula adalah jenis pengguna yang suka memuat naik video untuk tatapan umum.
Aku berasa amat seronok dan cemburu apabila melihat ada yang diantara kita berpeluang untuk pergi majlis ilmu membuat rakaman dan memuat naik rakaman tersebut di Youtube untuk tontonan umum. Memang saham pahala mereka sentiasa mengalir kepada selagi video itu dimainkan. Kalau yang baik tu, Alhamdulillah syukur pada ALLAH. Yang aku paling takut tu, pada perkara yang tidak baik dimuat naik. Ya ALLAH, terlalu banyak video yang tidak elok kita boleh jumpe didalam Youtube. Adakah kawan-kawan semua pernah terfikir, mata dan telinga yang telah berbuat baik ini dicemari dengan kekotoran yang berada didalam Youtube. Ya ALLAH, kerugian besar bagi diri kita. Kita baru kumpul pahala dengan amal ibadat, lepas tu kita layari Youtube kita terjumpa gosip-gosip artis, kita pulak tetiba rasa seronok plak nak dengar. Mane idaknye, setan dok hasut suruh tengok. Kita yang iman tak berapa nak kuat tu tak pasal terjebak (Aku pun macam tu jugak, tak dinafikan). Belum cukup dengan itu, kita share pula video tersebut didalam laman sosial. Bahaya tu wahai kawan-kawanku, saham dosa kita terus mengalir selagi ada mata dan telinga manusia melihat dan mendengar video tersebut. Nauzubillah min zalik. Minta kita disimpangkan dari melakukan perkara tersebut.
Ya betul, kita memang tak boleh kawal apa yang ada berada didalam Youtube. Tapi kita boleh kawal diri kita dari melihat dan mendengar input-input yang tidak elok. Gunakanlah youtube ini sebagai egen penyampaian dakwah dan tempat pencarian ilmu bukanlah menjadi medan gosip dan perkara yang tidak baik.
"Kita mampu mengubahnya"
No comments:
Post a Comment