Assalamualaikum dan selamat petang rakan pembaca semua. Hari ini aku seharian diluar pejabat kerana menjalankan audit 5S dalaman bagi kawasan sekeliling kilang tempat kerja aku. Tengah leka membuat audit, aku tak sedar jam telah menunjukkan pukul 1 petang. Justeru aku terus bergegas ke bistro yang terletak didalam permis kilang aku. Aku terpandang satu perangkap lalat elektrik yang dilekatkan pada dinding bistro. Aku terfikir sejenak bagaimana sebenarnya wajah makhluk-makhluk kecil yang selalu berada disekeliling kita ni. Akibat perasaan ingin tahu, jadi setibanya aku dirumah aku terus google untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Apa yang aku jumpa amat memeranjatkan aku kerana aku tak sangka wajah makhluk-makhluk tersebut amat menakutkan.
Tahukah rakan-rakan, disebabkan
ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar,
secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara
dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada. Kalau
saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini,
pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Jom kita kenali mereka dengan lebih dekat.
Ini
merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan
tilam tempat tidur kita. Kalau korang tidak berasa gerun, korang bukan
manusia normal
Ini
merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing
peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi
sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan
mahkluk-mahkluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan
Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus
kali.
Ini
pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus
dengan kemas. Cuba bayangkan, dalam sekeping roti Gardenia atau roti
Hi-5 yang korang makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini.
Justeru, pastikan korang membungkus roti korang dengan kemas.
Imej
di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali
( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing.
Gambar ini pula hanyalah gambar lalat hitam yang selalu berterbangan dalam rumah korang. Bengiskan bukan wajah dia ni
Memang benar, kita tak boleh lari dari makhluk-makluk ini. Tapi bagi aku, kita boleh berusaha untuk mengelakkannya dari terus berkeliaran disekeliling kita. Jadi sewajarnya kita perlulah mengambil langkah yang sepatutnya sebagai contoh, membuat pembersihan berkala dikawasan rumah kita. Ia adalah salah satu langkah untuk memastikan makhluk tersebut tidak bersarang dirumah kita. Lagipun, kebersihan itukan separuh daripada iman. Persekitaran bersih, kesihatan terjamin dan pahala pun bertambah. In sya ALLAH kita boleh menjayakannya.
Gelinye..
ReplyDelete