Malam ini aku memikirkanmu lagi,
Nafasku menjadi sesak,
Jantungku berdegup kencang,
Nadiku berlagu sepi,
Jiwaku kosong,
Mataku kabur kerana air mata yang mengalir sayu.
Ingin sekali rasanya aku menjerit di puncak gunung,
Melaungkan betapa dalamnya rinduku padamu,
Melaungkan betapa gilanya cintaku padamu,
Agar kamu tahu betapa tersiksanya memendam perasaan ini.
Wahai angin....
Sampaikan salam rinduku padanya,
yang tidak pernah terucapkan,
agar dia tahu betapa aku sangat merindukanya.
Wahai sang burung....
Berkicaulah dengan merdu,
Supaya dia mengerti bait bait cinta,
yang sudah tersusun indah untuknya.
Wahai hujan....
Turunlah dengan gerimis,
agar dia tahu betapa sunyinya aku disini tanpanya.
Wahai pelangi....
Bersinarlah setelah hujan lebat berlalu,
Supaya dia tahu sesungguhnya aku masih disini,
berharap dihatinya.

Perasaan merindui ini sangat indah, namun ia lebih
indah lagi seandainya rindu itu terbalas. Sekiranya aku tahu isi hati mu, mungkin
terubat rasa lara dihati ini. Biarlah hanya ALLAH sahaja yang mengetahui betapa terseksanya. Maafkan
aku kerana merindui dirimu. Ia
hadir sendirinya tanpa ku sedari. Tidak pula aku menyalahkan dirimu
kerana tidak berperasaan seperti aku.
Oh
tuhan, berikan aku masa dan petunjuk dari Mu. Hanya diri Mu yang tahu apakah
rencana dan perjalanan hidup ku. Aku hanyalah pelakon yang melakonkan watak yang diberikan. Melahirkan
rasa cinta dan rindu yang dikurniakan. Ya ALLAH, aku hamba Mu yang lemah. Aku amat memerlukan bantuan Mu untuk aku meneruskan perjalanan hidup ini. Aku berserah pada Mu Ya ALLAH.
No comments:
Post a Comment