02 September 2013

Saham dosa selepas mati

Assalamualaikum w.t.b.

Lama rasanya ruangan entry tak dikemaskini. Jadi eloklah rasanya aku berkongsi sedikit ilmu yang aku dapat dapat email rakan-rakan aku. Aku yakin ramai diantara kita telah acap kali membaca artikel seperti ini, tapi bagi aku tidak salah sekiranya aku coretkan kembali artikel ini sekadar untuk peringatan sesama kita. Maklumlah bak kata Tun Dr. M "Melayu Mudah Lupa". Aku rasa bukan takat melayu sahaja, semua makhluk yang bernama manusia akan sentiasa dan mudah lupa. Cuma Iman dan Taqwa yang membezakan kita. Berbalik pada topik asal, aku ingin kongsikan sedikit untuk tatapan semua rakan-rakan yang sudi membaca.
Facebook dan laman-laman sosial yang lain adalah salah satu ejen untuk mengeratkan siraturahim bersama rakan taulan. Diakibatkan kesibukan berkerja, ramai diantara kita berhubung dengan rakan taulan melalui facebook, kerana ianya lebih mudah, percuma, pantas dan semuanya dihujung jari. Kadang kala ada juga diantara kita menjadikan facebook sebagai rakan baik mereka untuk luahan perasaan. Jom kita fikirkan sejenak, sewaktu kita masih diberi kenikmatan hidup, hanya kita sorang yang mengetahui password bagi akaun peribadi kita dan apa yang akan terjadi pada akaun tersebut setelah kita mati nanti. Mungkin ada yang akan ucapkan takziah dan mungkin ada yang akan selalu menjenguk bagi mengubat kerinduan mereka.

Tetapi..

Sedarkah rakan-rakan semua, gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna yang telah dimuatnaik ke dalam akaun Facebook tersebut akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur kerana lelaki/wanita ajnabi terus-terusan dapat melihat gambar tersebut dalam masa yang sama, tiada siapapun yang dapat membuang gambar tersebut. Walaupun sudah bertahun-tahun kita mati, selagi gambar itu masih berada di akaun kita selagi itulah saham dosa terus meningkat.

Pernahkah kita terfikir..

Adakah tudung singkat, legging atau jeans ketat, yang kita pakai akan terselamat dari seksa kubur yang amat menakutkan itu kelak?
Bagaimanapula dengan baju yang membalut badan dan seluar pendek yang menunjukkan aurat, adakah ia terlepas dari perhitungan ALLAH?

Mungkin dikala ini, kita masih merasa tidak sabar untuk berkongsi cerita berserta gambar-gambar yang cantik ditempat yang kita telah lawati di muka bumi Nya. Tapi diakhirnya nanti, semua itu tidak akan membawa erti. Semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup kerana di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun dapat menyelamatkan kita. 

Marilah kita renung-renungkan dan nilai kembali diri kita sendiri, dimana tahap kita sekarang. Kita boleh menipu orang lain tapi kita tidak boleh menipu diri kita dan yang paling besar ALLAH YANG MAHA ESA. Sanggupkah kita terbeban dengan saham dosa yang terus meningkat walaupun setelah ketiadaan kita di muka bumi ini sehingga hari akhirat kelak? Jadi tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan, peliharalah dirimu sebelum dirimu dikafankan dan jagalah maruah diri sebagai seorang muslimin dan muslimah. Wahai saudara seISLAM ku, mati itu pasti maka persiapkan diri untuk mati itu satu kewajipan. 

Aku memohon kemaafan jika ada perkataan aku di dalam artikel ini mengguris hati pembaca. Secara amnya email tersebut tertulis didalam bahasa inggeris, tapi disebabkan aku bangga dengan bahasa kebangsaan, jadi aku telah mengalih bahasa tersebut ke dalam Bahasa Melayu. Sepanjang aku mengarang entry kali ini, aku rasa hidup kita terlalu mengambil mudah perkara yang kita anggap remeh. Sebenarnya perkara yang kita fikirkan remeh inilah yang akan menyusahkan kita kemudian hari. Jadi aku menasihatkan diri aku dan rakan-rakan pembaca semua, agar berhati-hatilah apabila memuatnaik gambar kita ke laman-laman sosial.

No comments:

Post a Comment