Assalamualaikum dan selamat petang
rakan pembaca semua. Alhamdulillah aku masih diberi peluang dan ruang
untuk menulis ruang entry aku kali ini. Semasa aku melayari muka buku,
aku terlihat sesuatu yang amat menarik perhatian. Korang perasan tak,
golongan muda sekarang seakan-akan tidak tahu lagi untuk menghormati
orang yang lebih tua. Yang lebih memalukan lagi, golongan itu dari
bangsa kita sendiri. Dimanakah hilangnya sopan-santun dan tatasusila
kita? Mengapakah semakin hari permasalahan ini semakin meruncing? Apakah
yang membuatkan gologan remaja sekarang semakin berani dan tiada adab
terhadap orang tua? Bagaimanakah caranya untuk kita membendung
pemasalahan ini dari ianya terus merebak seperti barah? Persoalan itu
bertubi-tubi masuk ke kotak fikiran ku. Sehinggakan aku tidak
sabar-sabar untuk meluahkannya didalam entry aku kali ini. Terdapat
banyak faktor yang mendorang generasi muda berbuat demikian. Ia bermula
dari rumah dan persekitaran kita sendiri. Jadi kita perlu memainkan
peranan kita untuk membuat perubahan sebelum pemasalahan ini semakin
teruk dan tidak dapat diubati lagi.
Ibubapa
Ibu bapa adalah salah satu faktor berlakunya pemasalahan ini. Generasi
muda sekarang, tidak lagi didik dengan baik oleh ibu bapa. Cuba korang
perhatikan orang dulu-dulu, apabila anak mereka tidak menunjukkan tanda
hormat kepada orang lain, mereka akan tegur atau memarahi anaknya. Namun
amat menyedihkan, kerana ibu bapa sekarang lagi tidak berbuat demikian
kerana terlalu menyayangi dan menuruti kehendak anak mereka. kadang-kala
ibu bapa sendiri tidak menunjukkan tanda hormat
dan itu akan menjadi ikutan kepada anaknya pada masa yang akan datang.
Rakan - rakan
Rakan - rakan
Rakan-rakan juga memainkan peranan yang penting kerana kita senang
terpengaruh dengan rakan-rakan yang rosak akhlaknya. Apabila kita
bergaul dengan rakan-rakan yang tidak elok, maka kita sedikit sebanyak
akan
terikut dengan perangai tersebut. kalau korang perhatikan budak-budak
sekarang, jika ada seorang makcik ingin menaiki bas, mereka tidak
menolong makcik tersebut sebaliknya memarahi makcik tersebut dengan
kata-kata yang kurang manis.
Rancangan Televisyen
Akibat terpengaruh dengan rancangan yang ditayangkan di televisyen, kita
sekarang lebih banyak meluangkan masa di hadapan tv dan cerita yang
disiarkan pula kebanyakannya menunjukkan perbuatan yang
tidak elok. Ianya secara tidak langsung akan mempengaruhi pemikiran
kita. Contohnya, aku pernah terbaca tentang seorang anak sanggup mencuri
barang kemas atau duit ibu bapa
untuk kegunaan sendiri, menendang ibu apabila ibu melarangnya membuat
sesuatu yang tidak elok dan banyak lagi unsur-unsur negatif.
Itulah adalah antara faktor-faktor utama yang aku fikirkan yang amat mendorong generasi muda hilang rasa hormat terhadap orang yang lebih tua. Adakah lagi jalan penyelesaian bagi permasalahan ini? Aku cuba jawap dan huraikan jalan penyelesaian yang aku fikirkan terbaik untuk kita sama-sama usahakan untuk menjamin masa depan yang lebih elok.
Itulah adalah antara faktor-faktor utama yang aku fikirkan yang amat mendorong generasi muda hilang rasa hormat terhadap orang yang lebih tua. Adakah lagi jalan penyelesaian bagi permasalahan ini? Aku cuba jawap dan huraikan jalan penyelesaian yang aku fikirkan terbaik untuk kita sama-sama usahakan untuk menjamin masa depan yang lebih elok.
Ibubapa
Sebagai ibu bapa, haruslah sedar bahawa anak adalah
tanggungjawab dari ALLAH. Mereka ibarat kain putih yang bersih tanpa
sebarang warna mahukan kotoran. Oleh itu, kita perlulah mencorakkan
mereka dengan akhlak yang terpuji supaya menjadi insan yang berguna pada
agama, bangsa dan negara. Sedarkah kita, mereka akan sentiasa melihat
dan mendengar segala
perbuatan atau perbualan kita seharian. Jadi sebagai ibu bapa
seharusnya menunjukkan perangai yang baik dan sentiasa bercakap perkara
yang
baik. Ibu bapa juga harus menunjukkan cara-cara yang betul untuk
menghormati orang yang lebih tua. Sebagai contoh, jika kita ingin lalu
di
hadapan orang yang lebih tua, kita hendaklah membongkokkan badan dan
jalan dengan rasa rendah diri dan malu, apabila bertemu dengan
rakan-rakan atau sesiapa sahaja, teruslah bersalam. Itulah yang harus
ibu
bapa terapkan kepada anak-anak mereka.
Rakan-rakan
Kita hendaklah pandai memilih rakan yang baik. Ini kerana rakan yang
baik akan membawa kita ke arah kebaikan. Kenapa aku kata begitu? Kerana
rakan yang baik hanya akan melakukan perkara yang baik, contohnya,
solat, tolong menolong, ambil berat, dan nilai-niali murni yang lain.
Apabila
kita berkawan dengan orang yang tidak baik, maka kita
akan senang terjebak dengan perkara yang tidak elok.
Rancangan televisyen
Untuk penyelesaian ini pula, kita tidak mempunyai kuasa untuk mengawal
rancangan tv yang disiarkan, kerana pihak
stesen tv yang berhak menentukan apa yang mereka hendak tayangkan. Jadi
tugas kita, kita hendaklah menjadi penapis rancangan itu dengan
memilih rancangan yang sesuai untuk tontonan golongan muda.
Bila kita lihat kembali, kebanyakan pemasalahan ini datangnya dari dalam rumah kita sendiri. Maka ibu bapa seharusnya memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan baik. Beringatlah, anak-anak kita adalah penentu masa depan kita di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment