Assalamualaikum dan salam Isnin. Whaatdaap yawww.
Bagaimana hari korang hari ni? Ok ke idak? Aku? Haaa, banyak benda
yang telah berlaku dalam hidup aku hari ni dan aku rasa, begitu juga korang diluar sana. Bila dikenangkan kembali apa yang telah berlaku tadi, aku rasa nak
tergelak pun ade, nak marah ade, nak hangin pun ade, gembira pun ye.
Mana idaknya elektrik kejap ada kejap tak de. Tak pasal-pasal duduk
bergelap dalam pejabat. Tunggu juga, mana tahu boss umum cuti tadi.
Kalaulah cuti, alangkah seronoknya rasa dihati. Tapi mengapalah, sekali
sekala duduk saja pun best juga, boleh jugalah aku borak-borak
sampai tak hingat dunia. Disebabkan hari ini isu pasal elektrik, aku
rasa elok jugalah kita imbas kembali kes-kes "major blackouts" yang pernah berlaku di negara kita yang tercinta ini. Untuk makluman korang semua, dalam entry "major blackouts" ini, tak termasuk semasa PRU13 ye. Blackouts tu hebat sangat, sampai tak tersenarai langsung. Mungkin akan dikeluarkan dalam isu wikipedia yang lain. (mungkin aje ye..hehehe..) In Sya ALLAH, entry aku ni bebas dari politik. Jangan risau ye. By the way, jom kita layan sekejap apa yang aku curi dalam wikipedia.
Gangguan bekalan elektrik merupakan kehilangan bekalan elektrik
jangka panjang atau pendek di sesebuah kawasan. Terdapat banyak sebab berlakunya gangguan bekalan elektrik. Antaranya
termasuklah kegagalan stesen penjana elektrik, kerosakan pada talian
penghantaran, pencawang atau bahagian lain pada system pengagihan elektrik,
litar pintas, atau beban lampau pada bekalan elektrik sesalur.
Terdapat kes besar yang melibatkan
putus bekalan elektrik di Malaysia.
- Pada 31 Julai 1992, Malaysia mengalami bekalan elektrik yang terputus untuk jangka masa yang lama akibat panahan kilat pada grid yang melibatkan empat talian kuasa antara paka dan teluk kalong di Terengganu. Lima belas stesen kuasa di pantai barat terputus kuasa dan bekalan pulih antara enam hingga sepuluh jam kemudian.
- Seterusnya, bekalan elektrik terputus secara besar-besaran di Semenanjung Malaysia bermula pada jam 17:17 3 Ogos 1996. Negeri-negeri yang terlibat secara serius termasuklah Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan – mengalaminya untuk beberapa jam. Talian penghantaran berhampiran Stesen Janakuasa Sultan Ismail di Paka, Terengganu terganggu pada waktu tersebut menyebabkan semua stesen kuasa di Semenanjung Malaysia mengalami kegagalan dalam membekalkan kuasa elektrik. Bekalan kembali pulih pada jam 11 malam. Disebabkan hal ini, pihak kerajaan meluluskan lima penghasil kuasa untuk menyertai perniagaan penjanaan elektrik. Hal ini juga menyebabkan saham utama Tenaga Nasional jatuh mendadak.
- Pada 2003, selatan Semenanjung Malaysia mengalami gangguan bekalan elektrik termasuk negeri Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Negeri-negeri ini mula mengalami gangguan jam 10 pagi dan berlarutan selama 5 jam pada 4 September dan menyebabkan industri tempatan kerugian $13.8 juta.
Bagi
aku, semua ini memang kita tak boleh jangka, manusia pun boleh sakit
apatah lagi barang dan alatan. Tapi sebenarnya pihak berwajib perlulah
mencari cara bagi mengatasi masalah ini dari berulang kembali. Aku
bukanlah seorang yang bijak pandai untuk mencipta alatan, namun aku rasa
mesti ada jawapan dan cara penyelesaian disebalik permasalah tersebut.
Biarlah yang lebih arif yang menyelesaikannya. Kita sebagai pengguna
amat-amat berharap, kejadian "major blackouts" yang telah berlaku sebelum
ini tidak akan berulang kembali di Malaysia kerana pada kala dunia
elektronik sekarang, elektrik adalah sumber yang amat-amat diperlukan.
"Majulah Malaysia Ku"
No comments:
Post a Comment