Jika
ada sepuluh orang yang mengambil berat tentang dirimu, maka sudah pasti
salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang
mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku.
Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi,
maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.
Cinta ibarat api. Kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan
membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga
cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana
cinta tumbuh di hatimu.
Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan
janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan
parah. Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang
dilupakan. Kita tidak dapat hidup terus dengan baik jika kita tidak
melupakan kegagalan dan sakit kita di masa lalu.
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk
menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Namun
diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang. Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar. Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu. Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil
mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya
pergi. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita. Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang
terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan
yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.
Mencintai juga bukanlah bagaimana kita melupakan dia bila dia berbuat
kesalahan, melainkan bagaimana kita memaafkan, bukanlah bagaimana kita
mendengarkan, melainkan bagaimana kita mengerti, bukanlah apa yang kita
lihat, melainkan apa yang kita rasa, bukanlah bagaimana kita
melepaskan, melainkan bagaimana kita bertahan. Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya. Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi ALLAH yang menentukan jodoh. Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan. Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap seseorang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
Jika kita memiliki seorang itu, hargailah ia dengan sebaiknya. Jika kita
mempunyai seorang kekasih jagalah ia dengan sempurna. Jika kita sayang padanya, cubalah setia. Jika kita cinta padanya, cintailah dengan kejujuran, dan janganlah pernah kita
melukai hatinya. Sedikit nukilan hati, aku karangkan untuk mengubat keresahan disanubari dikala ini. Maafkan aku jika entry kali ini telah membuang masa pembaca. Tiada niat untuk berbuat demikian hanya sekadar ingin berkongsi dengan apa yang aku sedang alami.
No comments:
Post a Comment