Assalamualaikum,
salam satu Shahadah. Alhamdulillah syukur pada ALLAH di atas kurniaan
kesihatan dan kesempatan bagi aku untuk menulis entry aku kali ini.
Sebelum aku memulakan entry aku, aku ingin memohon ampun dan maaf jika
pengisian entry ini mengguris hati mana-mana pihak. Tiada niat aku
perlakukan sebegitu.
Apalah
nak jadi dengan Umat Islam yang penuh dengan nilai-nilai murni yang
telah diterapkan oleh Junjungan Besar Kita, Rasulullah s.a.w. Apalah nak
jadi dengan bangsa Melayu yang dikenali oleh mata dunia, bangsa yang
penuh dengan tatasusila. Apalah nak jadi dengan negara yang kita sayangi
ini yang semakin tidak selamat. Kebelakangan ini kes kecurian semakin
menjadi-jadi. Ia berlaku di
tempat-tempat awam dan tidak terkecuali juga di Masjid dan surau.
Sehinggakan perkara sebegini seakan-akan sudah
menjadi kebiasaan. Sewaktu aku dibangku sekolah dahulu, kes kecuriaan di
masjid dan surau jarang sekali kita dengar, namun sekarang hampir
setiap hari ianya berlaku. Begitulah situasi umat akhir zaman,
kemungkaran dan kejahatan semakin berleluasa manakala amalan kebaikan
semakin pudar dan berkurangan.
Hari
ini aku mendapat info dari group facebook Bandar Baru Bangi yang telah
mengatakan 4 beg jemaah yang menunaikan solat subuh di Masjid
Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi (Masjid Hijau) telah dilarikan. Rumah Allah
(masjid/surau) sepatutnya menjadi tempat untuk membersihkan diri
dari kekotoran dosa
bukan tempat menambah dosa. Nauzubillahiminzalik! Aku disini bukan ingin
berceramah, aku cuma melahirkan sedikit kekesalan dan kerisauan tentang
pemasalah didalam masyarakat kita sekarang yang semakin tidak takut
akan azab ALLAH. Oleh itu, aku telah membuat sedikit ulangkaji dan aku
rasa aku perlu kongsikan sedikit hadith kepada pembaca semua sekadar
peringatan tentang azab dan seksaan ALLAH bagi penghuni-penghuni neraka.
Hadis nabi yang telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Nabi telah bersabda
ketika mana Malaikat Jibril
datang bertemu nabi dan menceritakan tentang neraka.
Jibril mengatakan
"Demi Allah yang
mengutusmu dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa nescaya akan
terbakar orang yang berada di hujung timur kerana bersangatan panasnya
(tersangat panas api neraka), Neraka Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya
adalah besi, minumannya adalah air panas campur nanah dan pakaiannya adalah
potongan-potongan api."
Jibril menyatakan lagi
"Maka diiring ke sana musuh-musuh Allah sehingga bila telah
sampai ke pintunya disambut oleh malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu,
maka rantai itu dimasukkan kedalam mulut mereka hingga tembus pada kemaluannya
dan diikat tangan kiri pada lehernya sedangkan tangan kanan di masukkan kedada
dan tembus pada bahunya dan tiap-tiap manusia digandingkan dengan syaitan lalu
diseret tersungkur mukanya sambil dipukul oleh para malaikat dengan besi. Tiap
kali mereka ingin keluar kerana sangat risau maka ditanamkan kedalamnya".
Abdullah bin Jubair
meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w bersabda
"Bahawa di dalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika
menggigit maka rasa pedih bisanya tetap terasa hingga 40 tahun. Juga di dalam neraka
ada kala jengking sebesar keldai, jika menggigit maka akan terasa pedih bisanya
selama 40 tahun".
Sumber dari : Jabatan Agama Islam Selangor
Begitu hebat azab ALLAH kepada siapa yang tidak mengikut suruhan NYA.
Mahukah kita tergolong dikalangan orang-orang yang dimurkai ALLAH?
tepuklah dada, tanyalah iman. Kita sebagai khalifah ALLAH dimuka bumi
ciptaan NYA ini seharusnya mengajak kepada kebaikan dan mencegah
daripada berbuat kejahatan (Amar Makruf Nahi Mungkar). Tegurlah
dan bimbinglah rakan-rakan kita kearah kebaikan dan melarang dari
melakukan kejahatan. In Sya ALLAH, jika itu amalan harian kita, Syurga
ALLAH sedia menanti. Marilah bersama-sama kita cuba lakukan yang lebih
baik dari semalam agar menjadi bekalan untuk akhirat kelak. Kepada rakan
pembaca semua, Aku nasihatkan supaya lebih berhati-hatilah dengan
barangan berharga korang kerana mata dan tangan-tangan pencuri sentiasa
ada disekeliling kita.
"Wallahualam"
No comments:
Post a Comment