Aidiladha dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji yang dirayakan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan hari raya yang terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas hari bulan Zulhijjah setiap tahun. Terbenamnya matahari pada hari esok, Sabtu, 5 Oktober 2013,
maka bermulalah bulan terakhir di dalam takwim Islam iaitu bulan Zulhijjah. Sekadar sedikit perkongsian ilmu, berikut adalah beberapa amalan sunat yang boleh dilakukan pada 10 pertama pada bulan
Zulhijjah untuk rujukan kita bersama.
Zikir
Zikir
- Iaitu dengan memperbanyakkan zikir kepada ALLAH dengan menyebut Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
- Amat digalakkan untuk berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Apabila tiba 10 hari bulan Zulhijah, maka hendaklah pergandakan usaha
untuk melakukan ketaatan kerana sesungguhnya ia adalah hari yang paling
afdal di sisi ALLAH s.w.t dan dijadikan kehormatan pada sebelah siangnya. Berikut pula antara amalan sunat yang boleh kita amalkan pada 10 hari bulan zulhijjah.
- Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
- Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
- Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
- Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
- Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
- Bertakbir, tahmid dan tahlil.
- Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
- Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
- Perbanyakkan membaca doa Nabi Yunus.
Sekian dahulu perkongsian ilmu aku untuk kali ini. Jika terdapat kesalahan dan kesilapan, mohon rakan-rakan memberi maklumbalas dan teguran membina kepada aku. Aku hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan untuk diperbaiki. Perbanyakkan doa pada ALLAH s.w.t supaya diberi kesempatan bagi kita semua untuk melakukan amalan-amalan sunat ini. Semoga kita mendapat keberkatan dan segala
amalan kita diterima oleh ALLAH s.w.t sebagai bekalan kita di akhirat kelak.
"In Sya ALLAH"
No comments:
Post a Comment