13 January 2014

Cinta Rasulullah - Bahagian 2



Segala puji bagi ALLAH S.W.T kerana mengurniakan pelbagai nikmat kepada hamba-hamba Nya. Amat beruntunglah kepada mereka iaitu manusia yang mensyukuri nikmat ALLAH yang diberikan kepada manusia.

Selawat salam kepada kekasih ALLAH iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang telah lama meninggalkan kita selama 1400 tahun. Biarpun begitu, kasih sayang baginda terhadap kita masih belum luntur sehingga selama-lamanya. Baginda begitu sayang terhadap umat terutamanya, umat akhir zaman seperti kita kerana beramal agama Islam tanpa adanya Baginda. Bukan mudah menjadi seorang muslim sejati tanpa adanya tunjuk ajar yang betul dari Baginda.

Esok 14 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiulawal 1435H merupakan hari kelahiran Baginda. Ia merupakan satu rahmat kepada manusia kerana ALLAH S.W.T memberi harapan kepada manusia agar kembali kepada Nya dengan telunjuk kasih sayang Rasul. Jika kita meneliti sirah nabi, Baginda tidak merungut terhadap umatnya kerana sikap manusia musyirikin yang melayan baginda sungguh hina, walhal Baginda adalah manusia sempurna yang dicipta ALLAH. Namun begitu, Baginda tetap berdoa kesejahteraan umat agar menjadi seorang hamba yang soleh untuk bertemu Tuhannya nanti.

Kita sudah tahu bahawa disaat Baginda menghadapi sakaratulmaut, Baginda sempat lagi menyebut "Umatku, Umatku, Umatku." kerana kasih sayang baginda terhadap umatnya. ALLAH, begitu hebatnya Rasulullah.

Apa yang terkilan sekarang ini adalah, masyarakat Islam di seluruh dunia tidak menghayati cara hidup Rasulullah. Hatta dari segi pengurusan diri sehinggalah kepada pemerintahan negara, semua menggunakan akal kita sendiri serta ideologi barat. MasyaAllah, dimanakah kasih sayang kita terhadap Rasullullah yang memerah kudratnya untuk menyampaikan Islam kepada kita dahulu. Moga kita dapat pengampun dari ALLAH kerana telah mengecewakan Baginda.

Wahai sahabat-sahabatku sekalian, marilah kita kembali kepada landasan Islam kerana Islam itu adalah menyeluruh dari semua aspek untuk memberi kesejahteraan kepada hidup kita dan tunjukkan kepada ALLAH bahawa kita mengamal ajaran Islam kerana kasih sayang Rasul dan ALLAH.


Selamat menyambut Maulidur Rasul 1435H
 

No comments:

Post a Comment