02 August 2013

Tips Langkah Keselamatan Jalanraya Di Musim Perayaan

p/s : Ini gambar perhimpunan bulan Julai 2013, gambar bulan ogos tak sempat nak ambil kat sharing PIC

Pada 1 Ogos 2013  tempoh hari, seperti kebiasaan di syarikat aku telah berlangsung perhimpunan bulanan untuk bulan Ogos 2013. Tapi pada perhimpunan kali ini amat berbeza dari perhimpunan pada bulan-bulan yang lain kerana perhimpunan ini amat hampir dengan hari raya Aldilfitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Di dalam majlis tersebut terdapat satu ucapan dari Ketua bahagian Unit Keselematan dan Kesihatan Pekerjaan, Tenaga Cable Industries Sdn Bhd, En. Fahmi yang telah berkongsi mengenai 16 tips langkah keselamatan jalanraya di musim perayaan. Sekadar ingin berkongsi sedikit infomasi dengan rakan-rakan diluar sana, aku tuliskan semula teks ucapan beliau untuk tatapan semua kerana aku rasakan info dan panduan tersebut amat sesuai untuk kita ikuti di dalam perjalanan kita untuk pulang ke kampung halaman. Aku berharap semoga tips ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua. 


16 Tips Langkah Keselamatan Jalanraya Di Musim Perayaan

Setiap kali tiba musim perayaan, kadar kemalangan jalan raya dilaporkan terus meningkat. Terdapat pelbagai faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan sentiasa berhati-hati.

Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa:
  1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.
  2. Ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.
  5.  Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragakagak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan.
  9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.
  10. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.
  11.  Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.
  12.  Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.
  13. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.
  14. Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja)
  15. Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas
  16. Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya.
    Pastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.
Semoga dengan petua dan langkah-langkah keselamatan ini, kita akan lebih bersedia untuk menempuh perjalanan. Jangan terburu-buru di jalan raya kerana yang penting korang sekeluarga tiba ke destinasi dengan selamat. Insyaallah. Dan ingin diingatkan juga pada rakan-rakan semua, "Ops Selamat III" telah bermula dari 1 Ogos sehingga 15 Ogos 2013. Patuhilah had laju baru yang telah ditetapkan, jangan sampai surat saman sampai dekat rumah selepas hari raya nanti. Hehehe.


Ops Selamat III

Utamakan keselamatan di jalanraya
Pandu cermat jiwa selamat ingatlah orang yang tersayang

No comments:

Post a Comment