Aku rasa ramai diantara kita lepas habis belajar dulu, buku sejarah terus ditutup dan tidak kelihatan lagi sehingga kini, malah dah tak nak ambil tahu langsung pasal sejarah. Maklumlah, sejarah nie subjek yang agak membosankan. Tapi bagi aku, sejarah mengajar kita untuk cintakan negara dan mengetahui asal usul kita. Kadang-kadang aku cemburu dengan orang Amerika, dorang sentiasa sayang tempat tumpah darah mereka walau dimana sahaja mereka berada. Apabila ditanya, dengan jelas mereka dapat terangkan sejarah negara atau tempat mereka. Untuk melahirkan semangat seperti itu, aku rasa kita perlu bermula dari diri kita sendiri. Jadi sempena bulan Ogos, entry kali ini, aku nak kongsilah sikit sejarah-sejarah pembukan Larut, Matang & Selama, Perak, Malumlah teman org Perak. Hehehe.. Jadi, inilah serba sedikit sejarah untuk tatapan semua rakan-rakan diluar sana.
Larut, Matang dan Selama merupakan sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Perak. Daerah ini terletak bersempadan dengan Daerah Kerian di Barat laut, Daerah Kuala Kangsar di timur, Daerah Manjung di selatan, dan Daerah Hulu Perak di Timur Laut, Selat Melaka di bahagian barat dan Negeri Kedah di utara. Pusat pentadbiran daerah adalah terletak di bandar Taiping yang merupakan antara bandar terawal di Malaysia. Daerah ini merangkumi 3 daerah kecil iaitu Larut di tengah dan selatan, Matang di barat dan Selama di utara dan mempunyai keluasan 151,104.03 hektar (170 kilometer persegi).
Mengikut sejarah, bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah
Inggeris pada awal tahun 1880-an yang mana pada ketika itu, daerah ini
kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut.
Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali
sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sg. Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.
Apabila British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874 di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Tristam Speedy sebagai Penolong Residen British. Residen British pertama di Perak adalah J.W.W. Birch pula mendiami Pasir Salak yang ketika itu dijadikan sebagai Pusat Pentadbiran British. Apabila peristiwa berdarah berlaku di Pasir Salak yang menyaksikan J.W.W. Birch dibunuh oleh pahlawan-pahlawan Melayu Perak yang diketuai oleh Datuk Sagor dan Dato Maharaja Lela pada 2 November 1875, pihak British telah memindahkan pentadbiran Negeri Perak ke Bandar Taiping pada 1880-an.
Daerah Larut, Matang dan Selama terkenal dengan 33 elemen terawal di Malaysia iaitu Jalan Keretapi Pertama yang menghubungkan Bandar Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) pada tahun 1885, Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld), Bangunan Telegraf, Taman Tasik Taiping, Muzium Perak, Zoo Taiping (tertua di malaysia), Bangunan Pentadbiran Kerajaan, Rumah Rehat Bandar, Sekolah Pusat (Sekolah King Edward VII), Pasukan Polis Perak dan sebagainya.
Sumber dari ms.wikipedia.org
No comments:
Post a Comment