SALAM RAMADHAN
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, kita dah hampir ke penghujung Ramadhan.Terasa terlalu pantas masa berlalu, aku rasa baru minggu lepas jia pengumuman ramadhan tu. Pejam celik dah nak raya. Lepas ni sebok la nak balik raya plak. ye idak.. Hehehe... Apa-apapun balik kepada topik sebenar entry kali ini, aku ingin mengingatkan pada kawan-kawan untuk renungan bersama seandainya kita terlupa. Dari Ramadhan pertama aku tengok facebook sana-sini update status upload gambar berbuka bersama kawan-kawan mereka. Apapun, aku nak mengingatkan kepada diri aku sendiri dan rakan-rakan yang akan berbuka dalam konsep buffet supaya jangan berlaku pembaziran. Jangan ambil terlalu banyak jika tak mampu habiskan dan yang paling penting jangan lupe yang wajib buat tu. Jangan dok leka-leka bersembang pastu terlajak. Haa.. Payah tu nak jawap nanti. Makanlah sedikit sekadar untuk membatalkan puasa dan terus mengerjakan solat terlebih dahulu. Selepas itu, bolehlah sambung makan balik. Nak makan banyak manapun tak kisah, maklumlah rugi bayar mahal-mahal kalau makan skit. Tapi beringatlah, jangan sampai membazir kerana membazir itu amalan syaitan. Tak pasal-pasal kita ambil tugas syaitan time die tengah off sekarang ni. Oklah semua, aku pun nak siap-siap pegi berbuka dengan kawan-kawan office aku. Kang dok leka-leka x sempat sampai pulak. Insyaallah, aku akan update lagi entry lain dengan cerita yang lain. Semoga kita bertemu lagi. Selamat Berbuka Semua.
No comments:
Post a Comment