CLEANING IN PROGRESS
Assalamualaikum w.t.b Syukur kita pada ALLAH kerna kita masih diberi kesempatan dari ALLAH untuk terus bernafas didunia pinjaman ini. Sedar tak sedar dah 2 tahun lebih blog ini tidak mempunyai entry baru. Maklumlah aku bukanlah penulis blog tegar, jauh sekali seorang novelis. Aku hanya penulis picisan,maka tidak hairanlah blog ini berhabuk tanpa sebarang tulisan kerana terlalu sibuk walaupun banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup ini. Sebenarnya aku merindui perasaan menaip entry blog, tapi disebabkan kita semua dah ada Facebook, jadi, kegunaan blog ni untuk update segala perkara dah jadi semakin malas. Insyaallah, selepas ini aku akan cuba usahakan semula untuk menjadikan blog ini sebagai tempat perkongsian ilmu, cerita dan luahan hati.
Walaupun dah terlambat, namun dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan Al-Mubarak 1434H/2013M. Kita telah pun menghampiri fasa terakhir dalam pencarian malam 1000 bulan pada Ramadhan kali ini. oleh itu, perbanyakkan amal ibadah kita sebagai bekalan akhirat kelak. Semoga segala amalan kita diterima ALLAH. Aminnn... Selamat beramal.

No comments:
Post a Comment