Assalamualaikum dan salam keceriaan. Sejak akhir-akhir ini, kesihatan aku agak merundum dan aku pasti ramai juga rakan-rakan diluar sana mengalami simptom yang sama. Sebenarnya banyak faktor yang menjadi punca berlakunya demam, antaranya seperti cara pemakanan kita, faktor alam sekitar, dan tekanan kerja. Baru-baru ini kita telah mengalami gelombang ke-2 jerebu dalam tahun ini. Walaupun tak seteruk gelombang yang pertama sekitar bulan jun, tapi risiko masalah kesihatan mungkin boleh berlaku pada individu tertentu. Keadaan cuaca sekarang yang terlalu panas juga penyumbang utama dari masalah kesihatan. Aku salah seorang darinya, dah hampir seminggu aku masih belum pulih. Oleh itu, aku nak kongsi sedikit tips jika korang demam khususnya pada bulan ramadhan. Yelah bukan apa, sayang nak tuang puasa, nak ganti pun satu hal gak tu. Ini antara tips dari doktor yang baru aku jumpe tadi.
- Berehatlah di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
- Kenakan pakaian yang nipis dan elakkan memakai pakaian tebal atau selimut tebal kerana ianya dapat menghalang haba dari dibebaskan.
- Banyakkan minum air suam dan elakkan minum air manis dan sejuk.
- Minum air 100 plus setelah 1 jam selepas berbuka bagi mengurangkan suhu dalam badan.
- Mandi atau lap badan jika badan terasa amat panas.
Pada rakan-rakan, harus diingatkan, sekiranya demam tersebut telah melebihi 3 hari, sila rujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan sewajarnya kerana bimbang demam tersebut adalah demam denggi. Sekarang terlalu banyak demam denggi disekitar Selangor, jadi berjaga-jagalah sebelum terlambat, Aku rasa, cukuplah sampai disini dulu entry aku untuk hari ini. Tulisan ni aku nampak sekejap besar, sekejap kecik aje. Mana taknya, baru telan ubat. Hehehe.. Aku berharap kita semua sentiasa dalam keadaan sihat dan akan dapat menjalani kehidupan dengan
ceria dan terbuka supaya dapat melakukan ibadah kepada ALLAH dengan tenang dan semua perkara yang bermanfaat. Insyaallah.