
Selazimnya kita hanya mengingati ALLAH di dalam masjid pada hari Jumaat. Atau mungkin pada malam Jumaat? Dan sewaktu solat Magrib sahaja? Adakah kita suka ALLAH pada dimasa kita sakit? Dan sudah pasti pada waktu ada kematian? Atau apabila kita mempunyai masalah? Bukankah IA perlu sentiasa berada didalam hati setiap umat ISLAM seluruh pelusok dunia? Mengapakah kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH pada waktu bekerja mahupun diwaktu bergembira? Adakah kerana. Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA. MasyaALLAH. Semoga ALLAH mengampuni kita sekiranya menyangka sebegitu. Pernahkah anda terfikir. Kenapa umat islam selalu kelihatan mengantuk bila berada di dalam masjid tetapi sebaik saja selesai ceramah mereka segar kembali? Tidak kah nampak melucukan betapa mudahnya bagi manusia yang tidak beriman pada ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini bagaikan neraka bagi mereka. Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. DIA telah memberi segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. Mungkin setelah anda habis membaca artikal ini. Wujudlah satu persoalan yang bermain difikiran anda. Adakah kita benar-benar menghayati ALLAH???
“Ya aku CINTA ALLAH.
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku.
IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari.
Tanpa NYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.”
Jika itu jawapan anda. Alhamdulillah syukur pada ALLAH kerana anda diberi keberkatan untuk menghayati NYA. Namun, jika terdapat salah satu dari persoalan yang terdapat dalam artikal diatas itu ada pada diri anda. Renungkan dan fikirkanlah betapa jauhnya kita dengan ALLAH. Justeru itu. Di bulan Mulia ini, bersamalah kita berusaha untuk mendekati NYA kembali, dan berusahalah untuk kembali ke jalan yang diredhai ALLAH.
Selamat menyambut kedatangan bulan seribu rahmat.
Bulan Ramadhan Al Mubarak 1431H bersamaan tahun 2010.
Semoga Ramadhan kali ini akan memberi kita seribu keinsafan dan meningkatkan ketaqwaan kita pada ALLAH yang satu.
wah!!! atok sgt pandai berkata-kata... hehehheeh....
ReplyDeletenice entry .. huhuhuhuhu....
btol 2 atok kadang2 kita lupa yg ALlah yg cipta kita tp kita kdg2 xingt pon kt DYE.... hurm....
eh atok nk ucap gak Slamat Mymbut Ramadhan Al-Mubarak... hehehhe.... smoga ramadhan kali nie mmberi seribu makna... :)
boleh la skit2..
ReplyDeletex la pandai mane nak menulis..
insyaallah..
kita sama2 meminta pada ALLAH supaya dibukakan pintu hati untuk kita kembali kejalan yang diredhoi ALLAH.
Aminn..