07 August 2010

Terlalu Singkat


Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati. Hidup ini terlalu kejam untuk ditempuhi. Hidup ini terlalu sakit untuk dirasai. Namun kita perlu teruskan kehidupan ini, walau apa jua pun yang telah berlaku. Kerna itu adalah satu ujian dari yang Maha ESA. Maka kita seharusnya ketahui. Setiap kehidupan itu akan berakhir dengan kematian. Antara kita sedia atau tidak. Disuatu masa nanti, kita tetap akan menghadapinya. Tanggal 6hb Ogos 2010. Seorang lagi kawan ku pergi meninggal aku untuk selamanya. Seorang lagi saudara ISLAM ku meninggalkan dunia yang fana ini untuk bersama ALLAH menanti Akhirat. Mohd Razin Bin Rusli meninggal dunia dalam satu kemalangan pada petang jumaat 6hb ogos 2010 dan jenazah akan dikebumikan pada 7hb ogos 2010 di tanah perkuburan Sungai Kantan. Arwah adalah salah seorang alumni 6 kenanga pada tahun 2000 di Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan. Ya ALLAH. Kenapa terlalu ramai kawan ku pergi meninggalkan dunia ciptaan MU ini. Kadang kala terfikir aku kenapa ia harus terjadi. Mengapa ia perlu terjadi disaat ini. Aku berdoa pada MU ya ALLAH, Agar jenazah Mohd Razin Bin Rusli selamat dikebumikan. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Mohd Razin Bin Rusli. Perginya seorang sahabat yang sekian lama tidak berjumpa. Semoga Roh nya dicucuri Rahmat dan ditempatkan orang yang beriman dan beramal soleh.

4 comments:

  1. btol 2.. smoga rohnya aman disana.. Amin....

    ReplyDelete
  2. salam..terima kasih.semua sygkan arwah..sama2 kita doakan dye..5 thun sy bsm dye..byk dye cerita psl kwn2 dye...dan sy dah nmpak skrg,mmg sume sygkan dye mcm dye sygkan kwn2 dye...:)

    ReplyDelete
  3. ♥ kisah aku, kau dan kancil ♥
    Insyaallah..
    Mudah2 begitu la hendaknya...
    Aminn..

    ReplyDelete
  4. myzaAli :
    w'salam.
    Sya terlalu kesal tidak sempat berjumpe arwah semasa arwah masih hidup.
    Sya terlalu sebok mengejar duniawi sehingga tidak sempat bertanyakan khabar pada arwah.
    Tapi saya tahu, kita perlu kene redho atas ketentuan ILLAHI.
    Maka.
    bersamalah kita panjatkan doa kehadrat ALLAH memohon agar roh arwah ditempatkan dalam golongan orang2 yg beriman.
    Aminnn...

    ReplyDelete