Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan
salam buat junjungan yang terpuji, Rasulullah S.A.W. dan kepada ahli
keluarga baginda serta para sahabat baginda.
Hari ini aku nak kongsikan sedikit tips macam mana nak istiqamah dalam beribadah pada ALLAH Azzawajallah. Setiap manusia tak kiralah dia baik atau jahat, dia alim atau jahil, pastinya ada dalam sudut hatinya berniat atau terniat nak berhijrah dan berubah menjadi lebih baik terutamanya berubah untuk meningkatkan lagi ketaatan dan ibadah pada ALLAH Yang Maha Isa.
Perubahan atau penghijrahan seseorang mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mata-mata sekeliling yang melihat. Itu sudah dianggap perkara biasa. Tetapi penghijrahan itu mungkin akan menjadi perkara luar biasa bila seseorang itu kuat menahan nafsu dan tetap istiqamah dengan taubat dan penghijrahannya. Nak berubah memang senang, tapi bila nak istiqamah tulah yang payah bebenoh. Sebab itu kita mudah jatuh pada lubang yang sama. ALLAH ALLAH ALLAH... Kenapa susah sangat nak istiqamah ni ?! *Hati ini membentak.

Ulama menegaskan makna istiqamah dengan kata-katanya sendiri.
Iaitu berdiri di hadapan ALLAH dengan sebenar-benar kejujuran dan
pelaksanaan. Istiqamah itu berkaitan dengan perkataan, perbuatan,
keadaan dan niat.
Walaupun banyak perbezaan pendapat daripada para ulama tentang maksud istiqamah, namun semuanya masih tetap sama meluahkan istiqamah itu, menyuruh kita melakukan perintah ALLAH secara konsisten dan berterusan. Ramai yang tertipu apabila mereka berpendapat kuantiti ibadah itu lebih diutamakan ALLAH berbanding kualiiti ibadah itu sendiri. Bila mana pada awalnya kita sangat bersungguh-sungguh dalam mengerjakan ibadah, contohnya dalam sehari nak mengaji 3jam. Sehari dua hari tiga hari, okeylah boleh buat. Tapi bila nak masuk 4 hari terus kita dah rasa bosan dan malas nak buat. Akhirnya terus tinggalkan. Kita tak nak jadi macam tu.
Kita susah nak istiqamah kerana kita susah nak lawan nafsu kita sendiri. Tanpa kita sedari kita sebenarnya takut dengan nafsu sendiri. Benda lagho yang kita selalu buat itu sebenarnya akhlak kita sebab perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi diri kita. Contohnya bila selalunya kita solat lambat. Nak berubah menjadi solat pada awal waktu pada mulanya memang sulit tapi kita cuba juga untuk melawan rasa sulit tu dan terus ke bilik air untuk mengambil wuduk bila azan dah berkumandang. Lepas 3 hari kita dah malas nak solat awal waktu sebab kita fikir solat pada tengah-tengah waktu pon tak apa. Sampailah hari seterusnya kita selalu lewat-lewatkan solat sampai kadang-kadang tertinggal waktu. Dah nak habis waktu solat baru nak terhegeh-hegeh ambil wuduk dan solat. Haih... nilah padah lambat-lambatkan solat. Teringat aku pada nasihat ibu, bila suka lambatkan waktu solat, lama-lama kita jadi malas terus tak nak bersolat.
Susah nak istiqamah juga disebabkan faktor persekitaran. Bila kita kat surau, apa yang kita fikirkan dalam otak ni adalah nak mengaji, nak solat sunat, nak pegang tasbih berzikir banyak-banyak. Tapi bila kita sampai rumah. Masuk bilik sorang-sorang, baring-baring, dengar azan kita terus rasa malas. Sebab apa? Sebabnya bila dekat surau kita dikelilingi orang-orang yang sentiasa beribadah pada ALLAH. Dalam surau pula memang mempunyai aura unttuk buat kebaikan. Dalam bilik, dahla sorang-sorang. Mestilah sah-sah syaitan yang sekeliling kita. Bisik perkara yang tak baik. Ditambahkan lagi dalam bilik tu ada aircond, katil, batal, memang susah lah nak bangun pergi ambil wuduk nak solat. Betul kan?
Sabar itu separuh dari Iman. Kita tak sabar maka kita susah nak istiqamah. Kita tak sabar untuk sentiasa berterusan melakukan solat pada awal waktu. Kita tak sabar menjaga nafsu kita lantas jatuh dalam lubang dosa yang sama. Kita tak sabar untuk melawan rasa malas pada malam-malam buta semata-mata nak berqiamulail. Kita tak sabar untuk tiap-tiap malam mengaji dan membaca tafsir ayat al-Quran. Kita tak sabar untuk melawan ego demi memperbaiki hubungan sesama manusia. Kita tak sabar kerana tak sanggup nak buang perasaan dengki pada orang lain. Kita tak sabar dalam menghadapi dugaan yang ALLAH bagi kerana kita lupa semakin kita dekat pada ALLAH semakin besar ujian yang menimpa kita. Kita juga lupa ALLAH berfirman siapa yang sabar maka dia diangkat darjatnya dan sentiasa dalam reda ALLAH.

Kita susah nak istiqamah sebab kita selalu riak dengan perubahan diri
sendiri. Kita ujub bila kita rasa kitalah paling baik dalam dunia. Kita
rasa kita bagus bila kita mempersoalkan bila orang lain nak berubah
macam kita. Sedangkan kita sendiri belum tahu sampai tahap mana sabar
kita, perubahan kita. istiqamah kita akan bertahan. Para ilmuan kata,
bila kita pandang orang yang buat maksiat, kata dalam hati mungkin dia
ada kesempatan nak bertaubat. Sedangkan kita? Bila kita pandang budak
kecil, kata dalam hati diorang tu masih suci sebab tak pernah lagi buat
dosa. Sedangkan kita? Bila kita pandang orang jahat, fikirlah mungkin
satu hari nanti dia akan berubah dan menjadi lebih baik lagi daripada
kita. Bila kita pandang orang kafir, fikirlah mungkin satu hari nanti
mereka akan masuk Islam dengan hidayah Allah.
Jadi, bagaimana nak istiqamah ?
Setiap kesulitan pasti ada kemudahannya. Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya kerana ALLAH itu tidak akan memberi ujian melainkan ada penawarnya, ada ubatnya, ada penyelesaiannya. Nak istiqamah, serius memang susah kecuali kalau ada niat sungguh-sungguh dalam hati.

- Berdoa pada ALLAH.
Kekuatan itu datang daripada ALLAH. Kita tahu kita ni terlalu lemah dan
kita sangat memerlukan kekuatan dan bantuan daripada DIA dalam istiqamah
mengerjakan ibadah pada-NYA. ALLAH Al-Jabbar. ALLAH itu Maha Kuat. Maka
kekuatan yang sering kita perlukan adalah daripada ALLAH. Jadi
berdoalah dan seringlah kita memohon kekuatan daripada-NYA agar segala
urusan kita di dunia dan di akhirat sentiasa berjalan lancar dan
dipermudahkan.
![]() |
Tiada daya upaya melainkan dengan bantuan Allah yang Maha Agung. |
Doa tersebut adalah mustajab untuk memohon pada ALLAH agar sentiasa
memimpin diri kita yang lemah ini dalam melakukan ketaatan pada DIA Yang
Satu. Tubuh Baginda sering bengkak-bengkak disebab sentiasa beribadah pada ALLAH dan bersujud lama pada ALLAH di
setiap akhir solat baginda kerana berdoa sebaik mungkin agar ALLAH
mengampunkan dosa-dosa baginda sedangkan Rasulullah telah dijanjikan
ALLAH syurga. Baginda juga seorang yang maksum. Tiada satu pun dosa
baginda pada ALLAH. Namun baginda tetap berdoa agar ALLAH
ampunkannya dan baginda sering solat malam untuk menambahkan ibadah.
Baginda paling banyak beristigfar memohon ampun pada ALLAH sedangkan
kita manusia yang lemah tidak tahu dimana tempat kita di akhirat nanti,
pun malas nak berdoa, berzikir memohon ampun pada ALLAH.
Astagfirullah :(
- Hati sentiasa hadir bersama ALLAH dalam beribadah.
Kita selalunya menunaikan solat sekadar mana yang boleh melepaskan diri kita dari kefardhuannya. Maka, solat yang dilakukan tidak sempurna, fikiran jauh melayang entah ke mana, semua masalah datang di dalam fikiran di dalam solat, difikirkan masalah tersebut hingga tamat solat dalam keadaan kita tidak sedar langsung apakah perbuatan yang kita lakukan sepanjang solat sebentar tadi. Adakah sempurna rukun dan syaratnya? Apatah lagi perkara sunat di dalam solat, langsung tidak dilakukan, berpada dengan perkara wajib sahaja.
Hendaklah kita melakukan solat itu seperti para sahabat dan tabiin, bukan sekadar melaksanakan rakaat demi rakaat. Malah, setiap rakaat itu memberikan bekas ke dalam hati kita dan meningkatkan iman kita. Kita perlu menghadirkan ke dalam hati kita bahawa kita sedang menyembah ALLAH, Tuhan sekelian alam, Raja segala raja. Berdirinya kita sebagai hamba yang pandangan sentiasa tunduk ke bawah, tanda akur dengan kebesaran dan kekuasaan ALLAH. Rukuk kita dengan perasaan takzim kepada ALLAH, Tuhan yang Maha Agung. Sujud kita dengan perasaan penuh kehambaan dan kehinaan di hadapan ALLAH Yang Maha Tinggi.
Membaca Al Quran itu bukan sekadar membaca huruf demi huruf dan ayat demi ayat. Malah menghayati setiap bacaan itu dengan penuh teliti. Jika seseorang itu memahami Bahasa Arab, maka hendaklah membaca Al Quran itu dengan penghayatan kepada maknanya dan apa yang diceritakan di dalamnya. Jika tidak memahami Bahasa Arab, lafazkan bacaan Quran itu dengan tartil, sempurna tajwid dan makhrajnya. Jika boleh membuat bacaan berlagu, maka lagukan bacaan Al Quran dengan baik. Setiap bacaan kita itu kita sedari bahawa kita sedang membaca kalam-kalam ALLAH, iaitu kalam yang teragung di seluruh alam semesta.
Diceritakan bahawa Saidina Ikrimah RA ketika ingin membaca Al Quran, selepas membukanya, terus masuk kebesaran dan keagungan ALLAH ke dalam hatinya. Lantas berkata "Ini kalam TuhanKu. Ini kalam TuhanKu. Ini kalam TuhanKu." Lantas beliau menangis lantaran rasa ketakutan dan bergetar hatinya terhadap kebesaran ALLAH walaupun belum membacanya lagi, kerana beliau dapat merasakan bahawa kalam ALLAH berada di hadapanya dan ianya teramat agung.
Begitulah dengan ibadah lain, hendaklah dilakukan dengan menghadirkan hati kita bersama ALLAH. Benar, ianya bukan syarat sah ibadah, namun di situlah kesempurnaan ibadah. Ibadah yang sempurna sahaja yang dapat membina ikatan kukuh antara hamba dan PenciptaNya. Manakala ibadah yang tiada penghayatan, umpama baju buruk yang bertampal sana sini. Cukup sekadar menutup aurat, namun kelihatan hodoh sekali
Menghadirkan hati bersama ALLAH di dalam ibadah sememangnya sukar dilakukan. Ia memerlukan mujahadah dan kesungguhan kita sebagai hamba ALLAH. Kemungkinan besar ianya tidak akan hadir semasa kita ingin membacanya pada hari ini, esok, lusa dan minggu hadapan. Namun, berkat usaha kita yang berterusan, ALLAH yang Maha Pemurah pasti akan memberikan nikmat ini kepada kita selepas kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Ianya berbeza kepada mereka yang malu kepada ALLAH tidak bertempat dan putus asa dengan rahmatNya, dengan tidak berusaha untuk mendapatkan nikmat ini, pastinya nikmat ini tidak akan hadir selamanya.
- Meletakkan had minima dalam ibadah harian.
Meletakkan kadar minimum untuk setiap ibadah harian kita supaya ianya
tidak berkurang dari had tersebut dan mengelakkan diri kita dari
meninggalkannya terus. Ini merupakan salah satu cara yang berkesan untuk
mendapatkan istiqamah. Ini adalah kerana di dalam konsep istiqamah,
bukan kuantiti ibadah menjadi keutamaan, tetapi penerusan di dalam
pengamalan walaupun sedikit.
Hendaklah kita meletakkan had pada ibadah kita seperti tidak akan meninggalkan sama sekali solat fardhu secara berjemaah. Lewat mana sekali pun kita solat, mungkin disebabkan urusan yang tidak dapat dilewatkan, maka hendaklah kita mengusahakan agar solat itu dilakukan secara berjemaah.
Kita boleh meletakkan had bahawa wajib untuk kita membaca Al Quran paling sedikit satu muka surat dalam sehari. Maka, apa jua perkara yang berlaku, pastinya kita membaca Al Quran setiap hari dan tidak melanggar had minima ini, dalam keadaan kita hendaklah sentiasa mencari peluang untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran dan tidak berpada dengan satu muka surat setiap hari.

- Berusaha untuk khusyuk dalam solat
Memang payah benoh nak khusyuk dalam solat ni. Cuma orang-orang yang
kuat iman macam Rasulullah dan para sahabat sahaja yang boleh mencapai
tahap khusyuk dalam solat. Kadang-kadang hati akan menjadi bosan bila
kita masih tidak dapat mencapai khusyuk dalam solat. Bila hati dah
bosan, kita akan putus asa untuk cuba lagi khusyuk dalam solat. Bila dah
putus asa, lama kelamaan kita malas nak solat sebab kita tau kita tak
akan khusyuk bila solat. Tapi sampai bila? Kita kena solat juga biarpun
tak khusyuk asalkan kita cuba nak mengingati ALLAH dalam solat. Kalau
nak tunggu kita khusyuk memang sampai mati lah kita tak solat! Memang
taklah kan macam tu.
Mula-mula nak solat, kita kena ambil wuduk dengan sempurna. Kita hayati wuduk yang kita ambil. Aku pon kadang-kadang tak hayati jugak wuduk yang aku ambil tu. Tapi kita try hayati. Bayangkan setiap air wuduk yang kita ambil tu kan membersihkan diri kita yang kotor dengan dosa ni. Kita berharap dalam hati agar ALLAH mengeluarkan dosa-dosa dari badan kita dengan air wuduk yang kita ambil tu.

Lepas itu, sebelum nak solat kita iqamat dulu walaupon kita solat
sorang-sorang. Doa dalam hati mintak pada ALLAH tolonglah bantu kita
khusyuk dalam solat. Dan tolong kita jauh daripada was-was agar kita
mudah nak khusyuk bila solat nanti. Insya-Allah. :)
Sebenarnya banyak lagi cara nak istiqamah. Tapi apapun caranya,
sama-samalah kita kuatkan semangat dan sentiasa berusaha untuk
memperbaiki diri sendiri menjadi hamba ALLAH yang terbaik. Walaupun
banyak sangat ujian yang ALLAH turunkan pada kita. Janganlah sesekali
kita putus asa dan lemah. Okay!! Sentiasa ingat ujian itu tanda kasih
ALLAH pada kita. ALLAH tegur kita melalui ujian. DIA nak suruh kita
ingat DIA. DIA nak suruh kita balik semula pada jalan yang benar lagi
lurus. Bila hati rasa bersalah dengan dosa dan maksiat, itu tanda hati
kita tak mati lagi. Kita masih punya iman tapi iman kita kecil
berbanding nafsu yang sedang bermaharajalela.
Semua yang tertulis dalam post ni adalah untuk peringatan buat kita bersama terutamanya untuk diri aku yang selalu lemah dan putus asa. Niat dalam hati tetap sama, cuma hendak berkongsi dan meluahkan rasa dalam hati. Bukannya nak riak nak ujub dan nak tunjuk alim. Aku tak pernah anggap diri ni bagus walaupun banyak kali syaitan bisik dalam hati biar kasik aku ni ujub dengan diri sendiri. Seriusly, aku masih banyak kekurangan. Terlalu terlalu terlalu banyak kekurangan dan kejahilan. Bila aku taip blog, nilah cara aku nak sedarkan diri aku yang aku ni selalu berdosa pada ALLAH. Aku taknak orang ingat aku alim atau pandai agama. Pandai subjek agama tu senang. Baca buku terus dapat jawab. Insya-ALLAH. Tapi kalau pandai bab agama, bukanlah aku orangnya. Tak semua yang aku beritahu korang aku sendiri akan amalkan. Tapi aku cuba untuk buat walaupon tak banyak. Sesuai dengan hadis nabi, sampaikanlah walaupon sepotong ayat. Jadi aku mengarang blog demi mencari pahala yang berterusan. Ya ALLAH... ampunkan aku sebab aku banyak bercakap berbanding mengamalkan. Tiada niat nak mengajar tapi nak berkongsi sahaja. Semoga kita sentiasa berada dalam redho-Nya. Insya-ALLAH. Aamiin.
![]() | |
Terima kaseh untuk blog anda. Aku adalah org yg sedang berusaha nk berubah. Tapi saat aku tulis komen ni aku rase hampir nk putus asa . Aku malu. Allah dah bagi aku petunjuk. Allah dah bagi aku rase sesuatu yg aku x dpt gambarkan iaitu selalu ingat dia. Tapi aku masih buat mengulangi maksiat. Aku cuba. Tapi aku masih kalah jatuh dalam lubang yg sama. Malu dengan tuhan. Rasa macam diri ini dah x de harapan .. Apepon Terima kaseh untuk penulisan tuan.
ReplyDeleteIzin share
ReplyDelete